Thursday, August 1, 2013

8 Ogos 2013

Dah dekat 5 bulan tak berusik blog aku ni. Bukan apa, tapi busy yg teramat. Busy dengan study, busy dengan main game bagai. Ekekeke. Internet pun dah jadi problem lepas banyak vpn kantoi bypass. So, tergendala lah aktiviti online mengonline gua. Dah stabil sikit problem tu semua barulah dapat nak online. Ahahah. Tapi tulah kan, timing mcm ngam ngam je bukak blog ni balik. 3 hari lagi dah start cuti raya. Tapi cuti kejaplah. Maklumlahkan, student beb.

Nak cerita pasal raya pun, tahun ni gua rasa macam raya gua kurang best sikit lah. Sebab raya kat rumah kejap je. Sobs. Tak dapatlah nak jumpa member member, pg melantak open house sana sini. Baju raya pun tak beli lagi ni. Tapi bab baju raya tu kalau beli last minute lagi syok ye tak? Silap haribulan dapat free je. Haha. At least ada jugak baju baru, dan dapat raya dgn family. Kalau nak dibandingkan dgn perantau kat oversea tu, of course lah lagi untung kita yg beraya kat tanah air ni. Mihmihmih.

Sekarang ni pun dah pukul 2 a.m, so masa untuk tidur gua. Katil dah memanggil. Esok ada kelas laaaaa. Nak bangun sahur lagi. Hihi. Memandangkan aku dah lama tak online dan kita masih lagi berpuasa, aku rasa masih sempat nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada korang semua. Dah dah, tidur jom.


 

0 comments

Posts a comment

 
© Mudno
Designed by Blog Thiết Kế
Back to top