huarghh. letih pulak harini. maklumlah, waktu tidur terganggu kan. kena pergi program im4u tu pulak. haihh. tp nasib baik dah sudah. boleh la rilek rilek sikit hujung minggu ni.
im4u tu apa ye? haha. kalau nak tau, im4u ni singkatan untuk 1 Malaysia for Youth. tp aku tak tau menahu sangat pun pasal benda ni. pagi tadi pukul 5 lebih dah kena bangun. dah mcm minggu orentasi pulak. mandi, solat pastu terus gerak pg kafe tunggu bas dtg. masing masing muka kuyu muka tak rela nak pergi. haha
sampai kat Kompleks Niaga Parit Raja, kitorang terus diberi sarapan. tp sarapan pun setotet je. okaylah kan daripada tk dapat langsung. kihkihkih. habis makan, semua student dapat glove dgn perkakasan untuk gotong royong. semua gerak ikut kumpulan, mula mula sapu sampah sikit kat tempat letak kereta tu, lepas tu mula lah merayau kat belakang kompleks tu nak cari sampah. apa yg aku nampak masa gotong royong tu, kawasan tu dah bersih dah. maybe sebab pihak Majlis Perbandaran dah bersihkan dulu kot. elok jugak mcm tu. takdelah penat mana kitorang nak bersihkan. ekeke. kalau tak Majlis Perbandaran tak bersihkan, aku rasa memang satu hari suntuk pun baru siap kerja kat situ. seingat akulah, ada aku pergi situ dalam seminggu lepas, tempat tu bukan main kotor lg. nak makan pun hilang selera. dengan longkang yg tersumbat, bau mcm direct cucuk hidung. bluekkkk. :s
habis je bersihkan, semua duduk duduk rilek kat tepi tepi kompleks tu tunggu Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin dtg. haaa. ikut tentatif kalau tak silap aku sepatutnya dalam pukul 11.00 baru menteri tu dijangka sampai. tp harini dia terlebih awal pulak. pukul 10 lebih dia dah sampai. aku terfikir satu benda je time tu ; boleh balik awal ! ekekeke. tak banyak benda pun yg peserta semua kena buat sebenarnya harini. mula mula gotong royong kejap, lepas tu memeriahkan keadaan bila menteri sampai. itu je tujuan dia. haha. dah biasa dah -.-
part bila nak balik ni yg best ni. dapat makan KFC pulak untuk makan tengahari. memang semua excited gila nak ambik bila AJK ckp makanan dah boleh ambik. semua mcm tk pernah tgk kfc je. padahal KFC ada je kat seberang jalan tu. kihkihkih. mungkin ramai yg excited sebab dapat KFC free kot. kalau tak, bila nak makan KFC je mesti kena keluar duit. haha. betul lah member aku ckp, kat dalam dunia ni ada dua jenis makan yg sedap. first, makanan free. second, masakan mak sendiri. hihihi
0 comments
Posts a comment