Sunday, December 9, 2012

Laksa vs Tom Yam

Yeah, aku baru lepas tgk game AFF Suzuki Cup Malaysia vs Thailand. Sangat penuh ye mamak malam ni. Semangat nak tengok Malaysia atau sebab mmg perut dah lapar pun tak tau lah. Maklumlah game harini start awal. heh heh. Pertembungan antara Laksa dan Tom Yam. Dua dua sedap, tp mana satu lagi sedap? kihkihkih. Tapi aku tak makan laksa, tak makan tom yam pun malam ni. Makan chicken chop je. Neutral. Hahaha  :-p

Malam ni aku rasa puas hati jugaklah tengok match ni, dua dua team main boleh tahan. Tak mengecewakan penonton. Berdebar debar jugaklah tadi. Malaysia nampak dah improve banyak lepas kalah dengan Singapore haritu. Improvement yg sangat membanggakan rakyat Malaysia. Personally, aku rasa untuk game tadi, Malaysia boleh menang sebab banyak jugak try try yg bahaya Malaysia buat kalau nak compare dgn Thailand. Mungkin sebab keadaan padang yg dah uzur semacam, kureng sikit lah diorg main. Pass bola pun dah tak betul. heh heh. Dah la padang condition mcm dekat kampung kampung, hujan pulak tu. Lagi licin bola yg memang dah sedia licin tu. Tapi takpelah, hujan tu kan rahmat. heuheu

Apapun, tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menunjukkan semangat juang yg tinggi. Tak lama lagi konfem Malaysia akan jadi kuasa bolasepak Asia macam dulu kalau prestasi konsisten. Tapi ambik masa jugak bro, bukan macam Manchester City, kejap je dah boleh jadi top class team. heh heh. Kepada penyokong penyokong Malaysia, teruskan menyokong pasukan kita ni. Menang kalah adat pertandingan. Kalau kalah jgnlah maki hamun. Sabar, daripada kesilapan tulah akan terjadinya perfection kan? Ada satu ayat ni aku baca kat mana entah tapi makan dalam jugak lah

"Jangan bersorak ketika menang kalau tak boleh menyokong ketika kalah" 

Dapat fahamkan apa yg tersirat disebalik ayat tu? So renung renungkanlah dan terus sokong pasukan Malaysia ! Kita tunggu dan lihat 2nd leg nanti. Jom kita pg mamak lagi ! heh heh. Eh? Harini dah lepak mamak, match 2nd leg nanti kita lepak dekat kedai tom yam laaa. Baru adil. Hihihi. Boleh tgk gelagat org Thailand ye tak? Manalah tau diorg nak mogok masak kalau kalah dgn Malaysia nanti. Siapa tahu. Nothing is impossible mehhh.


0 comments

Posts a comment

 
© Mudno
Designed by Blog Thiết Kế
Back to top